Pada awal bulan September nanti, pelajar-pelajar baru akan memulakan sesi pengajian mereka di alam universiti. Saya ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mendapat tempat di mana-mana universiti, sama ada dalam negara mahupun luar negara. Semoga anda akan mendapat banyak pengalaman dan ilmu sepanjang pengajian anda.
Kalau anda ada internet, mesti anda dah baca banyak #TipsMasukU di Facebook dan Twitter. Memang biasalah, senior-senior akan ada banyak benda yang nak berkongsi dengan junior mereka. Saya sendiri ada beberapa perkara yang saya ingin kongsi dengan junior-junior saya. Saya rasa saya perlu juga beritahu sedikit latar belakang saya supaya anda sendiri boleh tahu tahap relevan dan perkaitan perkongsian saya dengan anda.
Pada tahun 2009, saya dapat menyambung pengajian di University of Wisconsin-Madison (UMW), Amerika Syarikat dalam ijazah Sains Aktuari di bawah tajaan MARA. Dipendekkan cerita, pada tahun 2012, saya membuat keputusan untuk keluar daripada universiti tersebut dan menyambung pengajian dalam bidang lain. Alhamdulillah pada tahun yang sama juga, saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam ijazah Matematik. Saya akan bergraduasi pada tahun ini (konvo pada bulan Oktober insyaAllah) dan akan meneruskan pengajian dalam Sarjana Sains Komputer, di UKM juga.
Saya adalah seorang yang sangat pentingkan tuntutan ilmu dan prestasi akademik. Tapi prestasi akademik yang saya maksudkan bukanlah hanya pada CGPA. Anda akan faham apabila anda baca post saya ini.
Dalam post ini, saya akan ceritakan kesilapan yang saya lakukan di semasa di UMW dan perkara yang saya lakukan di UKM untuk tebus kesilapan saya.

"Kenapa tak habis belajar di US dulu?"
Saya yakin, saya ini bukanlah pelajar yang bengong. Tapi saya banyak buat pilihan yang kurang bijak sepanjang saya di UMW dahulu.
1. Tak belajar pun insyaAllah boleh skor. Aku kan pandai.
Alhamdulillah SPM saya dulu cemerlang, saya dapat 10A. Tapi entah macam mana, apabila dah masuk alam universiti, saya jadi sangat malas. Keyakinan diri yang teramat melampau membuatkan saya jadi tak kisah untuk belajar dan tak nak tengok pun pensyarah mengajar di hadapan. Ingatkan belajar last-minute bolehlah dapat at least B ke kan? Macam zaman SPM dulu.Ternyata saya salah sama sekali.
Anda kena ingat, tahap pengajian di Universiti tak sama macam di sekolah dulu. Kalau di sekolah, bolehlah cikgu nak tolong tambah markah sana sini. Markah pun cuma bergantung kepada peperiksaan sahaja. Di universiti, biasanya memang susah pensyarah nak tambahkan markah unless anda rapat dengan mereka atau mereka tahu yang anda memang dah berusaha. Kalau yang familiar dengan sistem CGPA, anda pun tahu yang markah untuk gred keseluruhan bukanlah hanya bergantung kepada markah peperiksaan semata-mata. Salah satu kursus yang saya ambil di UKM meletakkan 60% daripada markah gred daripada kerja kumpulan, dan hanya 40% daripada markah peperiksaan akhir. Memang takkan dapat A kalau anda nak skor di final exam sahaja. Ingat senang?
Dengan kata lain, jangan sengaja hadkan diri dengan bayangan kejayaan masa lepas. Keputusan semester pertama saya di UMW? Tepat 1.00.
2. Malas la nak layan orang lain
Setiap kali masuk kelas, mesti saya akan diam sahaja. Padahal sepatutnya saya jadikan peluang semasa belajar di UMW untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa dan kerakyatan yang berbeza-beza.
Tapi dengan kawan-kawan dari Malaysia pun, saya tak rapat sangat. Saya pula dengan masalah tak habis-habis nak cari identiti diri. Buruk perangai.
3. Hari niiiii jer aku tak pergi kelas
Ah, ponteng kuliah inilah penyebab utama banyak markah saya hilang. Mula-mula taknak pergi sekali sebab pure malas. Kemudian bila pergi kelas seterusnya, memang tak faham dah apa yang pensyarah ajar sebab berkaitan dengan kuliah yang saya ponteng hari lepas. Bila dah tak faham, mulalah teruskan memonteng sebab kalau pergi pun bukannya faham. Nak sedapkan hati sikit, cakap jer "nanti aku belajar sendirilah bila free." Di situlah masalahnya bertambah sebab memang confirm dah takkan study sendiri unless esok exam. Belajar berseorangan + last minute = memang apa-apa pun tak masuk kepala.
Ponteng ini macam dadah juga. Alang-alang dah ponteng sekali, ponteng jer la lagi. Tambahan lagi, bila dah banyak ponteng, assignment tak hantar, kerja berkumpulan tak buat, dan kadang-kadang tu exam pun tak pergi. Saya memang teruk masa di UMW sana.
4. Minggu ni game baru apa yang akan keluar?
Yang ini kontroversi sikit. Kalau ikutkan saya sendiri, saya tak salahkan minat saya dalam main game kepada kegagalan saya. Tapi orang lain suka letak kesalahan pada habit main game saya. Saya nak pertahankan yang bukan sebab saya main game yang buat saya tak pergi kelas. Tapi hakikatnya saya main game bila saya tak pergi kelas. Dengan kata lain, disebabkan saya tak pergi kelas, maka barulah saya main game sebab tiada benda lain yang saya boleh buat. Saya dengan yakin boleh kata yang kalau bukan sebab main game, saya dah lama give up untuk buat apa-apa.
Tapi sengaja saya letak di sini untuk lengkapkan senarai, sebab biasanya kalau orang lain yang jawabkan bagi pihak saya untuk soalan "kenapa Zafree fail masa kat US dulu?", mereka akan jawab "sebab dia obses sangat main game." Saya nak nafikan pun tak susah sebab itu sahaja yang mereka nampak saya buat (mengada pergi post kat Facebook banyak kali pasal game). Nasihat sampingan: kalau anda taknak tolong orang yang dalam kesusahan, iaitu dengan sekurang-kurangnya dengar masalah mereka, maka janganlah memandai-mandai buat konklusi sendiri. Dah la taknak tolong, pastu buat cerita pula. Ok emo sekejap.
Ada baiknya saya main game sebenarnya.
5. Kalau awak sayang saya, jangan contact saya lagi dah
Semasa di UMW, saya menghadapi keadaan patah hati sebab ex saya minta break. Lama weh nak recover. Saya jadi susah nak tidur malam, susah nak duduk diam, asyik terbayang-bayang, nak pergi kelas tiada mood... sehinggakan saya terpaksa ambil ubat tidur untuk betulkan masa tidur. Perkara ini terjadi pada tahun kedua semester pertama saya, dan berlarutan sehingga tahun ketiga semester pertama. Memang lama berusaha untuk dapatkan dia balik, sampailah satu tahap baru saya redha dan cuba move on perlahan-lahan. Yang kelakarnya, pada masa break inilah saya berjaya dapat my one and only Dean's List.
Bila fikir balik sekarang, patutnya awal-awal lagi saya dah move on. Tapi sakitnya hati bila putus cinta ini bagaikan orang hisap dadah yang tiba-tiba sahaja dah tiada supply dadah (saya tak pernah hisap dadah btw, saya hanya baca di internet. Percayalah!). Orang putus cinta memang suka buat kerja bangang. Silap saya dahulu ialah saya banyak bersedih keseorangan. Sepatutnya saya kena banyak dapatkan perkhidmatan kaunselor (free jer) dan banyak lepak dengan kawan. The only thing yang saya buat untuk lupakan masalah ialah dengan main game. Adalah juga benda yang saya look forward bila main game.
6. Pointer tak melambangkan tahap ilmu pun
Yang ini sindrom biasa pelajar-pelajar universiti. Nanti anda tengoklah di antara rakan-rakan anda, mesti ada yang akan cakap "CGPA tak penting pun weh". Saya pun selalu cakap sebegitu untuk melegakan hati yang selalu dapat CGPA corot ini. Semasa saya tinggalkan UMW, CGPA saya hanyalah 2.22. Semester terakhir saya di sana, saya dapat 0.75. Cubalah cari kerja dengan CGPA rendah macam tu.
(Lain cerita kalau nak buka bisnes sendiri. Bukan untuk dibincangkan dalam post ini)
Bagi saya, yang selalu cakap macam ini ialah mereka yang nak justify yang CGPA mereka rendah. Tak mengapalah, sebab sampai sekarang pun saya rasa ada betulnya yang CGPA itu bukanlah penting sangat. Tetapi tolonglah jangan keluar statement tersebut kepada yang berusaha nak dapat CGPA yang baik. Ada banyak sebab untuk dapatkan CGPA yang baik juga, seperti perjanjian dengan penaja pinjaman/biasiswa, permohonan biasiswa akan datang, bersaing untuk cari kerja dan untuk menyambung pengajian dalam sarjana.
Maka berhutanglah saya dengan MARA untuk X ringgit Malaysia.
7. Kenapa aku amik Sains Aktuari? Aku bukannya nak jadi actuarist pun...
Saya ingatkan saya akan minat dengan Sains Aktuari, sebab saya dengar ia banyak melibatkan Matematik. Memang betul pun yang ia melibatkan Matematik, tetapi bukanlah Matematik yang saya harapkan. Maka saya jadi tak semangat nak belajar sebab memang tak minat. Pendekatan Sains Aktuari adalah berbeza dengan Matematik, sebab Sains Aktuari adalah suatu bidang khusus dalam cabang Applied Mathematics.
Secara ringkas: Tak minat > tak bermotivasi > malas nak buat apa-apa > tak pergi kelas > tak buat kerja/tugasan > tak belajar > result teruk.

Aku Tekad Nak Banyak Belajar Di Library
Jadi setelah tiga tahun berada dalam kejahilan dan kebangangan, takkanlah hendak diulang kesilapan yang sama di UKM, bukan?
1. Pastikan kerja siap
Awal-awal masuk UKM, memang berkobar-kobar nak belajar bagai. Nak betulkan balik segala kesilapan lepas la katakan. Tapi tak boleh nak rushing sebab final exam pun start selepas 15 minggu pengajian. Jadi sepanjang semester, yang paling penting ialah siapkan segala tugasan dan cuba skor dalam midsem. Pastikan anda tengok proforma setiap kursus untuk tahu berapa banyak peratus yang diperuntukkan untuk setiap tugasan. Nanti tidaklah berleka-leka taknak siapkan tugasan. Pastu jangan nak bajet pandai sangat.
Siapkan assignments dan group works adalah langkah kecil yang akan banyak mempengaruhi markah akhir. Buang sifat belajar last minute. Keburukan belajar last minute ialah:
i) constraint masa - nanti mulalah tak tidur malam, sibuk tanya kawan macam mana nak jawab, baru nak habiskan baca lecture notes etc etc.
ii) short-term memory - nanti lepas exam lupa dah semua yang dipelajari. Ingat, kebanyakan subjek major yang anda belajar mesti akan guna lagi pada semester-semester akan datang
2. Seronok rupanya belajar kat library ni
Pada semester terakhir saya di UMW, bersungguhlah saya pergi ke library untuk belajar berseorangan (sebab tak kenal classmates). Dah tau dah yang keputusan akan teruk dan memang dah plan nak balik Malaysia for good pun, tapi why not just study alang-alang tuh? Bukannya ada benda lain nak buat.
Pada study week, gigih hampir hari-hari pergi library. Buat bacaan dan revision sampai pukul 5 pagi. Pada masa itulah sesuatu macam klik di minda saya: seronok rupanya belajar bila kita ikhlaskan hati. Library pula sangat kondusif untuk study. Tengok kiri kanan, semua orang tengah study. Kita pun takkanlah nak buat bising kan. Lagi-lagi bila keadaan yang sangat senyap, ada kafe untuk beli air.. Masa itulah dapat rasa nikmat belajar. Tapi sayangnya masa itu dah semester terakhir, jadi saya fikir saya nak kena buat benda yang sama di Malaysia.
Sepanjang saya di UKM, saya banyak habiskan masa di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Kewujudan ruang 24 jam yang menyenangkan hati saya untuk belajar di PTSL. Kalau ada assignment, mesti saya akan pergi ke PTSL untuk siapkan secepat mungkin. Lagi semangat kalau ada kawan-kawan yang ikut sekali study. Senang nak siapkan kerja bila ramai-ramai niat nak siapkan. (Tengok point nombor 4)
3. Belajar kerana ilmu
Nampak macam terlalu ideal. Tapi ada sebabnya. Di sini saya terangkan contoh aktiviti-aktiviti yang orang buat untuk belajar kerana ilmu.
i. Ada tak buku rujukan tambahan di perpustakaan?
Pensyarah biasanya tidak cukup masa untuk ajar semua benda dalam kuliah. Mesti ada banyak benda yang terpaksa dikurangkan untuk kejar masa, atau sebab dah banyak spent masa pada topik-topik tertentu. Jadi mungkin anda tak nampak apa yang menarik tentang apa yang anda belajar. Kalau ada buku rujukan, cuba baca buku rujukan tersebut, walaupun bukan pada topik atau subtopik yang diajar oleh pensyarah.
Kadang-kadang pensyarah suka masukkan soalan-soalan yang dia tak pernah tunjuk dalam kelas. Paling kurang pun, anda buatlah latihan-latihan extra, bukannya hanya ulang balik soalan dalam lecture notes.
ii. Buku mana yang boleh jawab persoalan aku?
Sebab saya ambil Matematik di UKM, maka saya selalu mencari buku yang berkaitan dengan Matematik. Walaupun kebanyakan buku Matematik saya jumpa hanya pada baru-baru ini, pembacaan saya terhadap buku-buku tersebut membuatkan saya makin jatuh hati dengan Matematik. Jujurnya, tidak semua kursus yang saya ambil di UKM menarik perhatian saya. Kadang-kadang rasa bosan belajar sesetengah kursus sampai saya selalu tertidur dalam kelas. Jadi bila baca buku-buku tambahan (contohnya: How Not To Be Wrong oleh Jordan Ellenberg), dapatlah naikkan semula semangat saya dalam Matematik.
Tak semua yang kita belajar akan digunakan dalam alam pekerjaan atau kehidupan selepas universiti (atau dunia sebenar). Jadi untuk melengkapkan ilmu yang kita belajar di dalam kuliah, kita sendiri kena tambah ilmu yang kita rasa kita ingin tahu. Bak kata Dr Muriarti, "don't follow your passion, follow your curiosity".
iii. Mahasiswa perlu baca sekurang-kurangnya seratus muka surat sehari
Yang ini ayat Dr Alinor. Kalau anda nak kembangkan minda, kena banyak membaca. Bukan baca di Facebook sahaja, bukan baca di internet sahaja, bukan baca majalah hiburan dan terutamanya bukan baca novel cinta (melainkan yang berkualiti dan tak buat anda berangan banyak yang mengarut). Sekali-sekala cubalah pergi ke perpustakaan universiti anda dan tengoklah di bahagian yang ada buku yang anda minat walau sedikit. Mesti akan ada buku yang buatkan anda rasa "seronok kalau aku tahu pasal ni".
Dengan banyak membaca, anda akan boleh bahas banyak benda dengan fakta. Sekurang-kurangnya kalau anda berjaya untuk tidak share kebanyakan benda yang ada di Facebook pun sudah cukup baik.
4. Ada siapa-siapa yang perlukan bantuan?
Kalau dah ada ilmu yang berguna, atau at least boleh faham apa yang pensyarah ajar di kelas, maka rajin-rajinkanlah diri untuk offer ajar kawan-kawan dan junior-junior.
Semasa di UMW, saya selalu ada banyak benda nak tanya. Tapi disebabkan saya sangatlah malas nak jumpa pensyarah atau tanya kawan, maka ketinggalan jauhlah saya ke belakang. Itu saya yang perangai teruk. Saya fikir, mesti ada orang yang nak sangat minta tolong untuk sesiapa beri tunjuk ajar tapi tak tahu nak minta bantuan daripada siapa. Biasalah untuk malu. Maka tergeraklah hati saya, daripada saya tunggu orang datang tanya, apa salahnya saya yang offer diri untuk tolong. Tak penting pun kalau orang lain kata kita ni show-off ke, berlagak pandai ke, capap ke.. yang penting bila ada ilmu, kita patut kongsikan dengan kawan. Tak perlu jadi pandai pun untuk bantu kawan.
Satu kesalahan dalam pemikiran kenalan-kenalan saya ialah yang selalu rasa diri sendiri tak layak nak tolong orang lain. Saya minta sangat-sangat, tolonglah buang perasaan tu. Anda tak tahu, mungkin dengan sedikit pertolongan anda anda boleh bantu rakan anda untuk lepas pointer minima untuk bergraduasi. Paling kurang pun, anda mungkin membuatkan gred mereka naik satu tahap. Ilmu yang kita sampaikan kepada orang lain, insyaAllah tidak sia-sia.
Segala perbuatan baik kita kepada orang lain, balasan baiknya akan datang kepada diri kita semula, walau dengan cara yang kita tidak sangka-sangka. Alhamdulillah, sewaktu saya paling giat tolong oranglah pointer saya paling tinggi. Saya dapat 3.96 pada semester kedua saya di UKM.
5. Dr, saya nak tanya...
Lagi satu yang paling underrated: selalulah berjumpa dan berbincang dengan pensyarah. Pensyarah ni pun manusia juga (melainkan ada alien yang menyamar jadi manusia), jadi emosi mereka boleh berubah-ubah. Saya selalu berborak dengan pensyarah, jadi saya tahu yang pensyarah-pensyarah biasanya ada persepsi tertentu terhadap setiap pelajar. Saya tak suruh anda bodek pensyarah tau.
Pensyarah pun biasanya mesti ada banyak benda nak cerita dengan pelajar-pelajar mereka. Cuba kalau anda jadi pensyarah. Ada seorang pelajar ini, jarang dapat skor dalam peperiksaan. Tugasan pun jarang hantar. Nampak macam pelajar yang tak ada motivasi nak berjaya kan? Tapi kalau anda (jadi pelajar balik) pergi berjumpa dengan pensyarah anda untuk ceritakan pensyarah anda apa-apa masalah yang anda hadapi, mereka akan lebih memahami situasi anda dan tidaklah mereka berat hati untuk bantu anda. Setakat ini antara cara-cara pensyarah bantu pelajar yang saya tahu ialah:
i) naikkan gred kalau dah sipi-sipi
ii) beritahu secara tak langsung apa yang akan masuk exam
iii) bagi markah tambahan pada tugasan
Lagipun, tak rugi untuk berkenalan dengan para pensyarah. Banyak nasihat yang anda boleh dapat, terutamanya kalau anda ingin teruskan pengajian dalam peringkat Sarjana dan PhD. Mereka pun boleh hubungkan anda dengan alumni jika anda ada soalan mengenai skop pekerjaan kursus anda.
6. Jom buat BBQ weekend ni
Jangan lupa untuk enjoy kehidupan di universiti juga! Buatlah networking yang kuat dengan rakan-rakan anda. Sekali-sekala buat aktiviti beramai-ramai untuk rapatkan lagi hubungan dan hilangkan stress. Siapa jer yang tak pernah stress belajar di universiti. Saya stress dengan assignment. Bersyukur saya sebab dapat rakan-rakan yang sangat awesome dan ada setiap rakan untuk setiap perkara.

Perjalanan Hidup Setiap Orang Adalah Berbeza-beza
Ada banyak lagi benda yang boleh saya kongsikan (seperti penglibatan dalam aktiviti), tapi saya rasa yang lain tu dah banyak orang lain kongsikan, setakat yang saya nampak di Facebook la. Tak kiralah betapa banyak nasihat pun yang anda dapat, tak berguna juga kalau anda tak praktikkan. Namun tak dinafikan yang tidak semua nasihat akan sesuai dengan gaya pandang anda. Saya agak pentingkan tuntutan ilmu dan prestasi akademik, sebab itu kebanyakan nasihat saya berkaitan dengan attitude belajar dan result. Tapi saya tak pernah pandang rendah kepada mereka yang dapat CGPA rendah, sebab kehidupan kita tak dinilai daripada CGPA sahaja.
Namun untuk yang berfikiran seperti saya, saya harap tips dan pengalaman saya boleh dijadikan panduan hidup anda di universiti, walaupun sedikit. Yang paling penting ialah, teruskanlah menuntut ilmu walau di mana anda berada. Semoga anda menjadi manusia yang mampu memberi manfaat kepada manusia lain.